Monday 14 March 2016

:'(

rindu sebenarnyaaaa..  try to be belagak..  tp nangis je lagi.. awat lemah sangat niss :'(  janji dorh kea buang jauh2..

Wednesday 28 October 2015

25 October 2015

alhamdulillah.. syukur ke hadrat illahi.. 





Finally I'm officially graduated from University of Selangor.. Tercapai jugak impian aku dari sekolah menengah nak masuk University , naik atas pentas amik segulung Ijazah , angkat and then tunjuk depan mak ayah.. Bukan senang aku nak capai ke garisan penamat ni. Dengan pertengahan semestar yang huru-hara . Aku memang tengah serabai giler pertengahan semester tu.. tapi syukur alhamdulillah aku ade kakak dan kawan-kawan yang selalu bagi semangat dan nasihat especially kakak asmidar , athirah and pido. Thank You korang.. kite SAHABAT SAMPAI MATI OKAY!! MUAH CIKED!!!

Diorang SAHABAT aku tu suka nono bagi den hadiah. Si Tyrah suka bagi aku katak la, gelang la and banyak la lagi. Kak as and Pido pulok lagi sweet bagi hadiah meja blajar time pertengahan semester tu. Time tu kan aku memang tengah down dengan pointer jatuh gler bab dengan frust putuih cinta hahahaha diorang ni la bagi semangat kat aku . TERIMA KASIH sangat2.. I takkan lupakan jasa uols selalu happy kan Hati iols tau.


AND LASTLY .. nak tengok tak pido bagi hadiah ape time i konvo.. tu diooo aiihhh.. sweet angat.. biaq pon dia tak dapat mai time tu.. 
Hari ape tah aku godek2 teddy tu tibe jumpa surat kat celah buku teddy tu.. tak sangka iols pido sorang yang sweet.. setahu i dia ni minah brutal.. bahahahaha.. mampuih den ni kalau dio tau den koba dio minah brutal kihkihkih





okayyyyy okayyy.. ni betoi2 lasttt hihihi.. sape dia yang kalut nak tau buah hati pengarang jatung cheq tu,, kalut sangat tanye.. nanti iols nok nikoh iols bagi la kad kat uols.. lambat lagi aih tnggu 4taun lagi meh cheq nak velanja satu keping buah hati iols................ hihi bersedia dah ke uols i nak tunjuk ni.. hangpa jangan cemburu noohh .. cheq sayang sangat kat depa ni biaq pon depa kuat berletiaq kat cheq.. 1.. 2,, 3... nahhhhh...




sweett kan mok and ayoh den.. over la ayoh pon..kihkih sayangggg depa till  jannah!!

Monday 20 April 2015

For those who's gatai nak kahwin..



Perempuan..
 Walau bagaimana sibuk dan aktif dalam society, kental bawa diri tak ada pakwe, bersemangat dalam dakwah atau bijak melangit dalam pelajaran, tetap takkan lari daripada bicara soal hati.

Andai hati itu asalnya lembut maka selamanya jua lembut.
Suka orang itu. Suka orang ini.
Nak jaga hati.
Tak nak lagha.
Tak nak fikir yang sia-sia.
Kadang-kadang rasa rindu sangat sampai nak kahwin je lagi senang.
Tengok orang couple, rasa nak couple juga, bila fikir balik, tak nak couple sebab tak nak buat perkara menghala dosa, tetapi jiwa terseksa.
Tengok orang kahwin, nak kahwin juga, tak tahu kenapa rasa nak kahwin datang tetapi yang tahu hanya mahu kahwin bila seronok tengok orang kahwin.
Pelbagai rasa didengari.
Bercampur-baur dalam hati.
Itu lumrah, sayang.
Apatah lagi dalam umur yang makin meningkat dewasa.
Soal hati dan fitrah rasa untuk disayangi dan menyayangi itu biasa.
Cuma terkadang diri perlu tahu, fokus kehidupannya di mana.
Suka itu tidak salah namun usah sehingga tidak lalu makan nasi goreng ayam paprik tiga hari hanya kerana sakit menahan rindu.
Wake up. Hidup dalam dunia sebenar.
Perjalanan dalam hidup ini jauh.
Bukan sekadar soal saya-suka-awak dan awak-suka-saya, tiada-apa-lagi-yang-menjadi-penghalang-antara-kita dan jom-kahwin semata.
Itu salah satu cabang daripada banyak cabang dalam kehidupan.
Salah satu cabang yang penting.
Dan ada banyak lagi cabang penting lain juga yang perlu diberi fokus.
Rasa yang datang tiada siapa yang sengaja mengundang.
Usah dipadam perasaan fitrah itu tetapi bijaklah dalam mengawal rasa suka.
Itu yang dikata.
Bila suka jangan terlalu suka.
Bila benci usah terlalu benci.
Selalulah untuk berada di tengah-tengah.
Kerana selama tiada ikatan halal yang termeterai, dia bukan sesiapa lagi untuk dicintai sepenuh rasa.
Genggam kemas hati itu baik-baik.
Usah mudah lemah.
Bina semangat yang kental.
Cari di mana jiwa yang benar menangis rindukan Rabbi seperti Rabi'ah el-Adawiyah.
Cari di mana jiwa yang selalu bermunajat dan hanya berharap pada Tuhannya seperti puteri kesayangan Rasulullah SAW, Fatimah Azzahra.
Cari di mana jiwa yang tertanam akidah yang unggul di dalam hatinya seperti Masyitah yang tegar terjun ke dalam minyak yang panas semata-mata untuk mempertahankan keimanan.
Cari di mana jiwa seorang Sumayyah yang rela diseksa dengan pelbagai dugaan yang menyakitkan hanya untuk mempertahankan kalimah Ahad.
Cari di mana jiwa seorang Zinnirah yang rela dijemur di tengah padang pasir bersama cahaya yang terik dan dibutakan mata hanya semata teguh mempertahankan keyakinan akidah.
Belajarlah menjadi seorang wanita.
Belajar untuk menjadi seorang wanita berjiwa hebat seperti srikandi-srikandi Islam.
Jangan biar diri gatal hanya mahu kahwin sahaja sedang persiapan diri layu.
Waktu mahu kahwin sememangnya mahu kahwin kerana yang ada di hadapan segalanya terlihat indah.
Tempoh selepas kahwin bukan sehari dua, tetapi biar mahu sampai ke syurga.
Mahu kahwin bukan hidup berdua sahaja, nantinya keluarga sudah makin bertambah besar.
Kahwin bukan soal cinta dan suka sahaja.
Perkahwinan penuh dengan tanggungjawab yang menanti.
Kalau kita yang seorang perempuan sekarang malas mahu menimba ilmu, maka dengan apa lagi mahu dididik anak-anak yang sedang membesar.
Kalau kita yang seorang perempuan lemah dalam mujahadah diri untuk buat amal maka contoh kebaikan apa lagi yang mahu ditunjukkan kepada anak-anak.
Kalau kita yang seorang perempuan hanya tahu untuk duduk bersenang-lenang dan lemah jiwanya maka siapa lagi yang mahu berada di belakang menguatkan perjalanan dakwah seorang suami.
Kalau kita yang seorang perempuan lemah dalam menjaga kehormatan diri maka kecintaan dan kesetiaan apa yang akan tinggal buat seorang suami yang teguh menanti kelak.
Kalau kita yang seorang perempuan lemah dalam mengendalikan emosi maka siapa lagi yang akan membantu suami untuk mengemudi bahtera keluarga yang bahagia.
Kalau kita seorang perempuan yang tiada matlamat tinggi dalam hidup maka siapa lagi yang akan bersedia membina jiwa besar dalam diri mujahid-mujahid kecil.
Ilmu sekarang bukan untuk skor Dean's List dan belajar jurusan di universiti sahaja.
Ilmu sekarang perlu dicari dan sekurangnya diri punya asas dalam pelbagai cabang ilmu.
Saat tiada terikat dengan tanggungjawab rumah tangga inilah waktunya untuk menimba ilmu dengan sebenarnya.
Setidaknya mahu untuk belajar hukum-hukum fiqh.
Setidaknya belajar bagaimana mahu untuk melayan dan mengerti rentak isi hati dan jiwa si kecil.
Setidaknya belajar bagaimana untuk menyesuaikan diri dalam masyarakat yang pelbagai.
Setidaknya mahu belajar bagaimana untuk memperbaiki solat dan memperbaiki kefahaman dalam Al-Quran.
Setidaknya belajar tentang ilmu rumah tangga.
Belajarlah memasak. Biarlah potong bawang 3 hiris juga sudah menangis sebaldi. Asal sahaja mahu untuk belajar.
Jadi anak dara harus belajar untuk bangun dan perkemaskan diri awal pagi.
Bukan pula untuk tidur melangit hingga ke tengah hari.
Belajar bagaimana mahu jadi seorang wanita yang produktif.
Ya. Kita bukan sempurna untuk tahu dan buat banyak perkara.
Dan kerana tidak tahu banyak perkara itulah kita perlu belajar banyak perkara.
Hidup ini satu medan yang penuh hikmah untuk kita ambil dan pelajari sesuatu tiap saat.
Tak ada orang yang secara semulajadi tahu banyak perkara.
Melainkan dia cuba untuk ambil tahu dan mahu belajar.
Ini bukan untuk mendesak diri menjadi seorang perempuan yang sempurna tanpa cela tiap segi dan hebat sehingga bisa untuk terbang merentasi langit ke-7 mengalahkan Wonder Woman.
Bukan.
Ini mahu memberi sejentik kesedaran bagaimana seorang perempuan harus berperanan terutama dalam dunia moden zaman kini.
Kerana kematangan bukan diukur sejauh mana kemahiran dalam berselfie baik tudung labuh, berniqab atau melilit-lilit.
Kerana kematangan itu ada pada ilmu dalam diri dan nilai dalam memandang kehidupan.
Dan kerana kematangan itu ada pada hati yang selalu membawa jiwa seorang hamba dalam dirinya.
Usah terlalu risau akan soal jodoh.
Usahalah setakat mana yang mampu.
Asal sahaja diri tahu untuk menjaga kehormatan diri maka dia yang begitu jualah yang bakal dihadirkan Allah.
Asal sahaja hati terus teguh pada jalan dakwah dan kebenaran maka dia yang begitu jualah yang akan datang melengkapkan kehidupan.
Hidup ini cukup mudah.
Buat apa yang Allah suka dan reda.
Dan suka serta reda dengan tiap apa yang diberi Allah.
Kerana tiada apa yang tidak baik datang daripada Allah melainkan segalanya baik-baik belaka.
Berbahagialah duhai muslimah.
Cut!
Penat juga membebel.
Dah habis masa pegang watak nenek tua pakai tongkat yang banyak berleter.
-Moga bermanfaat- 

Friday 30 January 2015

How To MoveOn From Stupid Relay

Masih menyimpan harapan untuk get back balik? hmm sudah-sudah.. biar kita nampak stupid but don't be like stupid idiot. If he really loving you he will came back to find you, not you find him. Bak kata ustaz Kazim Ilyas. "Kalau Dah Jodoh Tak Kemana Pon" . Memang susah kite nak melupakan insan tersebut tapi kite kena cuba jugak!! Kite kena jadi kuat jangan tunjukkan kite lemah!! Untuk kite melupakan kenangan mengambil masa yang lama sangat serius memang lama nak lupekan walau pon kite dah buang segala-gala tentang dia . Tapi bersabar larh kawan2 setiap kejadian ade hikmah nya. So firstly korang kena la...

Buang atau sedekah je apa barang yang dia bagi. Sebab benda-benda tu la akan membuat kita ingat dekat dia.

Don't talk about him. Hindarkan berkawan dengan kawan yang ada kaitan dengannya, Sementara untuk pujuk hati anda. Contoh : kalau boleh delete family dia and kawan2 dia kat facebook. Kalau takut diaorang kecik Hati anda buat je Acc Fb baru. senang.. Starting the new life and sosial media.

Jangan sesekali stalk dia! ye tau kamu rindu dia tapi cuba tahan sikit!! kata nak move on kan..

"PERPISAHAN" ya memang  sakit giler bab!! RASA NAK TOREH2 and BLEND JE HATI NI!! eh tapi jangan la sampai macam tu sekali. Sakit sekali tak bermakna kau sakit selamanya. Kau berhak untuk HAPPY and BAHAGIA. Kalau boleh cuba hangout dengan kawan2. Pergi holidays ke. Enjoy2 puas-puas biar dia tahu yang kita tak ambil kesah pon dengan perpishan ni. PADAN MUKA!!

"JANGAN BURUK SIKU" i mean macam mengungkit or mintak barang yang kau bagi kat dia . HEY!! buat apa la nak mintak balik barang-barang tu semua. Entah2 awal-awal lagi dia dah campak t-shirt2 yang kau bagi tu kat dalam tong sampah. Kalau dapat pon barang tu tak kan kau nak simpan.? simpan buat pekasam and then bila tengok balik barang-barang tu menangeh. udoh2 la kome.. biar kan je..

"BEHENTI MENANGIS" Kau kena tahu, yang kau kuat. Kalau kau tak kuat, allah takkan uji kau. Maksud aku bukan tak boleh nangis. Kalau boleh kurangkan okay. Tak baik untuk kecantikkan muka.. nanti muka sembab dah tak lawo dah.. hmm terus tak de orang berkenan hikhikhik

"DO NOT BLAME ANYONE"  dah takdir dan kau bukan jodoh dia. Nak buat macam mana kan. Jangan risau suatu hari nanti Alllah akan gantikan yang lebih baik.. Sabar ye :)

"STOP FOLLOWING HIS FAVOURITE" like song, movie or any  else. Dah tahu tengah terluka, lagi berani mau lihat ka?? HAHAHA take time to forgett it okay.. U can do it!!

"DON'T STALK" jangan sesekali stalk awek baru dia . Kang kot tak lawa kau pulak yang bangga (eleh, aku lagi lawa la) Kau lawa?? tapi still  ex kau nak kat dia. so sad.. hihihi Kalau boleh jangan sesekali ye,,

Jangan cari pasangan baru yang namanya sama dengan Ex . Tolong jangan menempah maut okay..

STOP MERUNGUT!! like... ; kenapalah benda ni jadi dekat aku.. kenapa wei kenapa! hmm dah nasib kau senah terima je la. TOLONG BANGKIT SEMULA . JANGAN SESEKALI GIVE UP.

Jangan gunakan orang yang seterusnya untuk melupakan EX anda.Tak baik pergunakan orang.

Kome selalu suka tengok cermin kan.. Haa.. Kau tengok muka kau dekat-dekat dengan cermin. Tanya la.. sampai bila kau nak down macam ni. Kau Lawa kot. hmm setakat dia hitam bagaa pah calar sano calar sini. Perkenan lagi ke kau nak get back balik.. kalau boleh cuba kau ingat keburukkan dia je time2 macam ni.

Kalau dia datang semuala untuk memperbaiki dan kau masih sayangkan  perhubungan yang lama tu. Cubalah semula. Biasa la.. semua orang akan melakukan kesilapan.

:-) :-) :-) :-):-) :-) :-)

Wednesday 14 January 2015

Ragam Manusia

aku dah penat serius memang aku dah pnat layan perangai manusia.. bukan senang nak ade kawan yang memahami situasi dan keadaan kite.. ye memang aku ni ego baran suka marah2.. aku tak suka orang mengarah aku lagi2 nak ikut je keinginan  yang tak mngikuti keadaan dan masa. kadang2 aku terasa hati aku buat bodoh je tapi kalau ak dah geram aku sound je tak ksah la umur brape ke bila dh sound gler orang tak terasa tak panaih .. peduli ape aku..!!! duk buat diam sampai mati la ambe makan dalam.. kbye.!!

Friday 9 January 2015

What for the answer...

sometime im thinking., what kind im doing right now.. what actually that i dream in my life.. what exactly i want in life.. my hope? my future? who am i want to be? yaa there's to many mission did not complete yet.. im feel nothing and blur to find the answer.. i hope semoga allah panjangkan umur i :( .. amin. 



Wednesday 26 November 2014

Kenapa Mengapa..

Aku ni tak faham dengan diri aku ke..? ye Ak memang pernah jatuh  .. pernah gagal.. Aku leka dengan permainan dunia.. tak semesti kegagalan aku untuk selama nye.. aku sedar aku pernah gagal.. aku cuba bangkit dan terus bangkit.. Usaha terus usaha.. Ape yang aku cuba buat Berusaha dan terima dengan ape yg ditentukan.. aku tahu.. ape yang aku usahakan itulah hasil dia. Jangan la kau menghina aku.. Kau bukan berada  ditempat aku ..dont u ever ever judge me.. Kau tau tak betapa perit nye aku sebelum ni. Dah la benda dah lepas. Bukan aku yang letak harapan.. Tapi hati ni.. Hati ni terlampau liat untuk beralih.. Kata2 kau memang membuat aku terkesima.. Aku blur.. Memang rase down giler.. Rase diri ni kerdil je.. Kadang2 Aku rase aku ni menolak takdir allah. Tak dapat terima kenyataan ape yang berlaku. Bak kate Orang dunia ini tidak adil.. Sedangkan manusia sendiri yang membuat ia menjadi tidak adil.. Sampai bila aku nak menahan. Aku Sakit .. Sakit sangat ya allahh :'(